Maklumat lanjut :
Apa itu HINDAR?
Siapakah anda?
Remaja dan vandalism
Ancaman karbon monoksida
Buku fakta rokok
BukuTidak Merokok - Satu Langkah Yang Bijak
Buku fakta rokok 2010
Latar belakang
Pada 29 Jan 2003, Kempen Jangan Mula Merokok Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Mahadzir Mohd. Khir, Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Auditorium HUKM. Program ini adalah inisiatif bersama Hospital UKM, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Selangor.
Tujuan kempen ini dilaksanakan ialah sebagai menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif" melalui amalan tidak merokok. Tema yang telah dipilih ialah "Langkah Bijak Jangan Mula Merokok" selaras dengan matlamat memberi keutamaan kepada pencegahan awal bagi mengelakkan pelajar terjebak kepada gejala ini.
Pada peringkat awal, tumpuan utama program ini ialah pelajar menengah rendah (tingkatan1-3) di semua sekolah kerajaan dalam Daerah Hulu Langat, Selangor. Kaedah dan acara yang telah dijalankan adalah bersifat berkala (one-off ) dimana pihak HUKM datang ke sekolah dan menjalankan aktiviti sempena minggu anti dadah dan anti rokok. Bagaimanapun, bermula tahun 2005 satu persetujuan telah dicapai dengan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat supaya program ini dapat dilaksanakan sepanjang tahun di semua sekolah melalui pelbagai aktiviti sedia ada dan aktiviti baru yang dikemaskini dan dijenamakan sebagai Program HINDAR (Hidup Indah Tanpa Rokok).
Matlamat
Matlamat program ini ialah untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beberapa agensi kerajaan terhadap kumpulan sasar yang sama supaya program ini boleh dilaksanakan secara tersusun dan bersepadu, berkongsi sumber, meningkatkan keberkesanan program, mengenalpasti dan memantau pancapaian yang perlu ke arah menjadikan sekolah dan persekitarannya bebas dari sebarang gejala negatif terutama masalah merokok.
Rasional
Ketagihan rokok menjadi masalah global dan sudah banyak program dilancarkan membabitkan pelbagai peringkat untuk mengatasi masalah penagihan rokok.
Mereka yang merokok, walaupun menyedari kesan buruknya, terus meningkat bilangannya setiap tahun. Di Malaysia, kira-kira 15-20% remaja lelaki didapati menghisap rokok. Perkembangan menunjukkan jumlah ini bertambah setiap tahun dan ini petanda tidak baik kerana remaja merupakan satu aset berharga dan generasi pewaris masa depan.
Justeru program ini dirasakan sangat penting apatah lagi ia dilaksanakan melalui permuafakatan bersama dan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi bagi menjadikan sekolah sentiasa dalam suasana kondusif dan selesa kepada semua warganya. Ini selaras dengan saranan yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia :
"An effective school health programme… can be one of the most cost effective investments a nation can make to simultaneously improve education and health"
(WHO Director-General, April 2000)
Objektif
Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap ancaman dan bahaya rokok.
Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jatidiri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial.
Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
Aktiviti
Mutiara HINDAR / program 5 minit
Memberi maklumat pendidikan pencegahan tabiat merokok kepada semua warga sekolah menggunakan pendekatan kokurikulum. Tumpuan di berikan kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah.
Ceramah kesihatan
Meningkatkan pengetahuan tentang bahaya merokok, kesan-kesan serta kaitannya dengan masalah kesihatan & sosial melalui kaedah komunikasi sehala. Tumpuan kepada semua pelajar tingkatan 1 dan perokok tegar.
Tayangan video kesihatan
Meningkatkan pengetahuan tentang bahaya merokok, kesan-kesan merokok melalui bukti empirical melalui tayangan video dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk membuat keputusan supaya tidak merokok.
Pameran poster
Meningkatkan pengetahuan tentang bahaya merokok melalui poster-poster, model kesan merokok serta bahan-bahan pendidikan kesihatan.
Cd interaktif
Memupuk minat dan kemahiran pelajar untuk menggunakan pelbagai kemudahan teknologi komunikasi maklumat bagi mendapatkan pelbagai maklumat yang bermanfaat.
Penyaringan nikotin dan karbon monoksida
Mengesan peratusan pelajar (secara komulatif) yang didapati merokok di sekolah.
Sudut HINDAR
Menwujudkan satu monumen sebagai sokongan kepada aktiviti HINDAR yang berlangsung di sekolah.
Edaran dan tampalan poster HINDAR
Memberi maklumat pendidikan pencegahan tabiat merokok kepada semua warga sekolah secara berkala.
Pusat sumber HINDAR
Merupakan satu pusat sehenti bagi mendapat bahan-bahan untuk melaksanakan aktiviti HIDAR.
Buletin HINDAR
Memberi maklumat tentang aktiviti terkini HINDAR dan perkembangan aktiviti antirokok di dunia.
Lain-lain aktiviti
Kuiz kesihatan, pertandingan esei, pertandingan mencipta slogan, pertandingan mencipta poster, pertandingan mencipta mural, dokumentari HINDAR, drama HINDAR, 'choral speaking' dan pertandingan kelas bebas merokok.
SUMBER:http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/hindar.asp
KAEDAH-KAEDAH ANTI MEROKOK
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)